Laman Utama
|
Biodata PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 28 October 2009 07:19

PROFIL PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN KOLEJ PROFESIONAL MARA 2009

 

Nama:                                            Mohamad Khairul Adnan Bin Abdul Rahman Tan

Program Pengajian:                     Higher National Diploma in Computing (Business 

                                                      Information Technology)
Tempat & Tarikh Kelahiran:       Kampung Tanjung Langsat, Johor pada 9 Ogos 1985. Nama Bapa:                                 Encik Abdul Rahman Tan Bin Abdullah
Pekerjaan Bapa:                          Nelayan
Nama Ibu:                                    Puan Afidah Binti Omar

Pekerjaan Ibu:                             Suri Rumah Tangga

 

Disiplin dan Sahsiah:

Budi pekerti dan akhlak yang baik menjadikan Mohamad Khairul Adnan seorang yang disenangi oleh rakan-rakan dan para pensyarah. Khairul seorang yang serba boleh dan cemerlang dalam semua bidang sama ada akademik, aktiviti keusahawanan, sukan dan persatuan mahu pun aktiviti kemasyarakatan.

 

Pencapaian Akademik:

Dengan pencapaian CGPA atau Timbunan Purata Nilai Gred 3.91, kecemerlangan beliau dalam akademik tidak dapat dipertikaikan lagi.

 

 

Daya Kepemimpinan/Keusahawanan:

Daripada pengalaman dan ilmu yang dipelajarinya di Kolej serta semangat yang jitu, beliau bersama rakannya telah menubuhkan sebuah syarikat sendiri diberi nama ZON E ENTERPRISE semasa tahun akhir pengajian lagi. Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah membaiki komputer, perkhidmatan internet, cetakan, membina laman web dan menjual peralatan komputer.

 


Penglibatan Kokurikulum:

Mohamad Khairul Adnan juga adalah seorang yang aktif dalam sukan dan persatuan semasa pengajiannya di KPM Beranang. Beliau mewakili Kolej dalam sukan ping pong dan berjaya merangkul pingat emas dalam 2 penyertaan di SUKOPMA IV di KPM Seri Iskandar dan SUKOPMA V di KPM Beranang. Pada kejohanan KASUKMA 2008 pula beliau  mendapat pingat gangsa bagi acara ping pong dan emas bagi acara sepak takraw.Selain daripada kejohanan yang dianjurkan oleh pihak kolej, beliau juga telah menyertai kejohanan terbuka ping pong anjuran Universiti Multimedia Cyberjaya.

Dengan sifat-sifat terpuji yang dimiliki, Mohamad Khairul Adnan telah dilantik sebagai Bendahari Biro Kerohanian Majlis  Perwakilan Pelajar dan Pengerusi Persatuan HND BIT kolej. Beliau telah mengharumkan nama kolej dalam program-program yang disertai dan penglibatan beliau dalam banyak majlis-majlis atau aktiviti kerohanian sama ada anjuran kolej atau pun pihak luar; seperti Nadwah, majlis Khatam Quran dan Program Membaca Khutbah.

 

Penglibatan Dalam Aktiviti Khidmat Masyarakat:

Mohamad Khairul Adnan turut menjadi tenaga pengajar kelas mengaji al-quran kepada anak-anak penduduk Fasa 4 Bandar Tasik Kesuma di bawah seliaan surau Al-Ikhwan pada setiap malam Isnin hingga Rabu.Beliau turut menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam program motivasi kembara ilmu anjuran KAFA Azzahrawan dan menjadi fasilitator bagi beberapa program yang dianjurkan oleh pihak KAFA seperti sukaneka, hari terbuka, dan lain-lain lagi.

 

Last Updated ( Wednesday, 28 October 2009 07:28 )
 
Design by:mjd