BERITA & PERISTIWA
| Anak Nelayan Pelajar Terbaik KPM |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Monday, 26 October 2009 04:54 |
|
MELAKA 24 Okt. - Majlis Konvokesyen Kolej Profesional Mara (KPM) Kedua hari ini memberi seribu makna buat seorang nelayan, Abdul Rahman Tan Abdullah dari Kampung Tanjung Langsat, Masai, Johor apabila anak lelakinya diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan.
Lebih menggembirakan buat pasangan suami isteri itu apabila mereka turut naik ke pentas mengiringi anaknya, Mohamad Khairul Adnan, 24, menerima Diploma Komputer (BIT) dan diiktiraf pelajar cemerlang KPM daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Menurut Abdul Rahman Tan, dia terkilan kerana tidak mampu menghadiri majlis konvokesyen dua anaknya sebelum ini di UiTM Shah Alam dan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) Pahang ekoran ketiadaan wang.
Sementara itu, bagi Mohamad Khairul Adnan, kejayaan yang dicapainya adalah hadiah untuk kedua ibu bapa dan keluarga yang dianggap telah banyak membantunya mencapai kejayaan tersebut. |
| Last Updated ( Wednesday, 28 October 2009 07:49 ) |




