Laman Utama Liputan Berita
|
Kejohanan Ragbi Tertutup KPM & KM PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 17 October 2009 03:44

Hari Pertama ( Pendaftaran & Taklimat)- 16 Okt 2009 -Jumaat

KPM Beranang telah menjadi Tuan Rumah bagi Kejohanan Ragbi Tertutup KPM & KM  yang diadakan pada 16 OKT 2009 hingga 18 OKT 2008. Ianya melibatkan KPM Seri Iskandar, KPM Bandar Penawar, KPM Indera Mahkota, KM Kulim, KM Banting, KM Seremban manakala Kontigen jemputan adalah KPTM Bangi dan UNIKL MIAT

 

Kejohanan Ragbi Tertutup Kolej Profesional MARA & Kolej MARA membuka tirai kejohanan dengan pendaftaran para kontinjen yang dimulai oleh kontinjen KPM Seri Iskandar, kemudian diikuti pula kontinjen dari KM Kulim dan pendaftaran terakhir daripada kontinjen KM Seremban.

Bagi menyesuaikan diri dengan rentak situasi padang KPM Beranang, sebahagian kontinjen telah memulakan latihan persediaan setibanya mereka di sini. Dapat dilihat samar-samar keghairahan daripada setiap kontinjen bagi memenangi takhta kemenangan dalam kejohanan melalui latihan pemanas badan yang dijalankan.

 

Pada jam 9-10 malam pula, satu taklimat khas mengenai tempat penginapan dan aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung selama 3 hari kejohanan telah disampaikan kepada para peserta melalui dua taklimat iaitu Taklimat Ketua Kontinjen dan Teknikal serta Taklimat Peserta yang berlangung di Dewan Kuliah 1 dan 2.

 

 

Pihak Kolej Profesional MARA Beranang mengucapkan selamat maju jaya kepada semua kontinjen sempena acara Kejohanan Ragbi Tertutup ini. Setiap persaingan pasti ada kemenangan dan kekalahan. Kita saksikan esok!!    

 

Hari Kedua (Pertandingan Bermula) - 17 Okt 2009 - Sabtu

 

Seawal 7 pagi, Kolej MARA Banting menghangatkan kedinginan pagi dengan bara semangat perlawanan apabila menjadi kolej pertama yang menjejakkan kaki  di padang KPM Beranang. Kehangatan itu mula terasa apabila bara keghairahan disemarakkan lagi dengan kehadiran kontinjen lain bagi menjalankan aktiviti memanas badan.


Saingan sengit mula kelihatan pada perlawanan pertama di mana KPM Seri Iskandar dibelasah hebat oleh KM Banting dengan ukuran mata sebanyak 36 mata. Kecederaan pertama diwakili oleh tuan rumah bagi pemain berjersi nombor 3. Rancak kejohanan mula memainkan nadanya dengan buangan ‘sin bin’ pertama yang didahului oleh pemegang jersi bernombor 13 dan kad merah pertama dilayangkan pada pemain jersi nombor 5. Kolej manakah yang mula mencipta rentak itu???


Disamping itu pihak tuan rumah mempergunakan kelebihan berada di tempat sendiri dengan menubuhkan pasukan sorak bagi menaikkan semangat kontinjen KPM Beranang. Adakah ianya berbaloi? Mari sama-sama kita saksikan.

 

Dalam keghairahan para kontinjen beraksi di gelanggang permainan, Carisbrook New Zealand tidak ketinggalan untuk mempromosi produk-produk mereka di temasya kejohanan ini. Pihak penaja turut serta menjayakan kejohanan ini dengan bersama-sama turun padang, di samping membuka gerai jualan barangan sukan. Antara produk yang dijual ialah pakaian sukan yang terdiri daripada jersi dan t-shirt serta beberapa beg yang dijual pada harga RM40 dan potongan diskaun diberikan sebanyak 50%. Gerai jualan ini hanya dibuka bermula hari ini sehingga esok.

 

Bagi menjana kemahiran kendiri para pelajar, turut tidak ketinggalan gerai jualan yang dibuka oleh Persatuan Siswa Niaga KPMB. Gerai ini menjual produk-produk yang terdiri daripada makanan dan minuman. Anda semua dijemput hadir ke gerai tersebut yang ditempatkan bersebelahan gerai jualan Carisbrook New Zealand.  
  
Last Updated ( Saturday, 17 October 2009 08:45 )
 
Design by:mjd